PIBGN gesa larang kempen pilih ketua murid - ReadHeadline
Headlines News :
Home » » PIBGN gesa larang kempen pilih ketua murid

PIBGN gesa larang kempen pilih ketua murid

Written By teacher on Thursday, January 21, 2010 | 11:59 PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran digesa mengeluarkan arahan melarang pemilihan pemimpin murid membabitkan kempen serta pembuangan undi ala pilihan raya di sekolah rendah kerana boleh mendedahkan kanak-kanak kepada budaya politik tidak sihat, terutama gejala memfitnah, rasuah dan berpuak.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata risiko pengaruh budaya politik yang negatif amat membimbangkan berikutan mereka masih belum matang membuat pertimbangan sewajarnya pada usia terlalu muda.

Lebih memburukkan keadaan, beliau berkata, dikhuatiri berlaku sebarang bentuk campur tangan daripada ibu bapa yang menginginkan kemenangan berpihak kepada anak mereka, selain perselisihan berhubung ‘calon murid pilihan’ hingga boleh wujud unsur sabotaj yang mungkin tercetus dalam kalangan guru sendiri.

“Adalah terlalu awal dan tidak wajar memperkenal serta mengamalkan sistem pemilihan pemimpin murid ala pilihan raya di sekolah rendah, malah lebih banyak aspek yang menggalakkan elemen negatif berbanding positif.

“Paling dikhuatiri, kemungkinan akan timbul serta berleluasa sentimen permusuhan, membina puak masing-masing, saling memfitnah dan menghasut, memberi suapan dengan cara mereka tersendiri dan menabur janji kosong dalam tempoh berkempen,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar baru-baru ini melaporkan, Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 (SKTTDI1) di sini mencipta sejarah apabila pemilihan ketua murid dikendali dan dipantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan.

Pemilihan menyaksikan pertandingan lima penjuru membabitkan murid Tahun Enam, meriah dengan semua calon serta penyokong masing-masing berkempen pada saat akhir bagi meraih undi sebelum pengundian bermula jam 11 pagi dan berakhir 1 tengah hari.

SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Popular Posts

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. ReadHeadline - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template