10 Fakta Ping Pong Dan China - ReadHeadline
Headlines News :
Home » » 10 Fakta Ping Pong Dan China

10 Fakta Ping Pong Dan China

Written By teacher on Thursday, May 30, 2013 | 8:41 AM


1. Kejohanan kali ini mengukir sejarah tersendiri kerana pertama kali akan dianjurkan di Guangzhou, China, iaitu lokasi ibu pejabat penaja utamanya, GAC ( Guangzhou Automobile Group Co Ltd. ), syarikat pengeluar kereta ke-6 terbesar di China pada 2012.

2. Tahukah anda ? 300 juta penduduk China bermain acara ini sebagai satu aktiviti riadah palin popular.

3. China, Sweden dan Korea Selatan adalah tiga negara utama paling menguasai acara ini.

4. China mahu mempertahankan kejuaraan 2011 yang dikecapi di Magdeburg, Jerman.

5. Walaubagaimana pun, acara ini pernah diharamkan di Rusia sekitar 1930 - 1950 kerana dipercayai merbahaya yang boleh menyebabkan kecederaan mata.

6. Pemain ping pong profesional boleh memukul bola sehingga mencecah kelajuan 100 batu/sejam. Juga boleh memukul bola yang menghasilkan 9,000 putaran per minit (rpm) di atas meja - rekod catatan lebih pantas mengatasi kelajuan kereta F1 pasukan McLaren!

7. Pada 1972, pasukan ping pong Amerika Syarikat telah dijemput ke China untuk satu perlawanan persahabatan. Detik yang dikenali sebagai " Diplomasi Ping Pong " menjadi usaha positif yang mengukuhkan hubungan diplomatik kedua-dua buah negara.

8. 2000 Persatuan Ping Pong Antarabangsa atau ITTF ( International Table Tennis Federation ) mengesahkan penambahan 2 milimeter saiz bola berfungsi untuk memperlahankan acara agar lebih mudah ditonton menerusi televisyen. Setiap perlawanan rasmi selepas itu menjadi 14% lebih perlahan berbanding sebelumnya !

9. Pada 2001 pula, ITTF menukar sistem permarkahan dariapda 21 mata kepada 11 mata sahaja supaya perlawanan tidak berlanjutan terlau lama dan membosankan.

10. Apabila syarikat pembuat barangan ping pong Jaques & son di Britain mempatenkan jenama "ping pong" yang kemudiannya diambil alih oleh Parker Bros di Amerika Syarikat, ITTF yang berpusat di Lausanne, Switzerland menukar nama sukan ini kepada "table tennis" untuk mengelakkan kekeliruan dan risiko disaman.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Popular Posts

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. ReadHeadline - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template