Hujan Pelik - ReadHeadline
Headlines News :
Home » » Hujan Pelik

Hujan Pelik

Written By teacher on Wednesday, May 29, 2013 | 2:55 AM


Hujan mengikut keadaan normalnya hanyalah titisan air. Keadaan dikatakan luar biasa apabila objek selain air turut membanjiri bumi. Kisah benar terjadi di Kerala India pada 2001 apabila kawasan seluas lebih daripada 500,000 meter persegi dilimpahi air hujan berwarna merah seakan darh. Lebih ajaib pada sepuluh hari pertama, air hujan ini berwarna kuning, hijau dan hitam. Pelbagai andaian diterima, ada yang mengatakan keadaan tersebut berpunca daripada partikel pasir dari padang pasir, tak kurang juga menyatakan elemen sel hidup makhluk asing dan letupan hipotekal meteorite. Akhirnya para saintis menyimpulkan fenomena hujan ini disebabkan sejenis alga merah yang boleh ditemui di Kerala.

Lain pula dengan kes yang berlaku di sebuah perkampungan kecil Australia yang disimbahi hujan ikan bilis.. Siasatan sekumpulan pakar yang terdiri daripada ahli biologi dan pakar iklim menemui suspek utamnya iaitu perubahan iklim setempat. Ahli meteorologi percaya insiden tersebut disebabkan oleh puting  beliung yang menyedut air sungai dan membawa bersama ikan serta hidupan laut kecil sebelum jatuh di kawasan lain. Keadaan ini bukan kali pertama berlaku dan telah melanda beberapa kawasan seawal kurun pertama lagi. Selain ikan, bumi juga pernah menerima hujan katak, daging, duit syiling, burung, ketulan ais dan bola golf !
Share this article :

1 comment:

Popular Posts

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. ReadHeadline - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template