Kereta Dulu Dan Hari Ini
Written By teacher on Saturday, September 21, 2013 | 1:56 AM
Sepuluh fakta tentang kereta dahulu dan kini yang anda perlu tahu :
1. Kereta terawal tidak mempunyai stereng. Kereta dipandu dengan menggerakkan tuil sepertimana alat kawalan konsol permainan yang ada pada hari ini.
2. Saman jalanraya pertama dikeluarkan pada tahun 1902 pada kenderaan berkelajuan 45km sejam.
3. Kereta yang dibina antara tahun 1896 hingga 1902 dikenali sebagai kenderaan pengangkut dan diklasifikasikan sebagai antik sedang mana-mana kenderaan yang dibina pada tahun 1916 hingga 1925 diklasifikasikan sebagai vintaj.
4. Hanya wujud 7 buah model kereta vintaj Plymouth Hemi Barracuda yang boleh dibuka bumbungnya.
5. Hong Kong menjadi bandar yang mencatat jumlah penggunaan kereta berjenama Rolls Royce tertinggi.
6. Seorang individu dianggarkan meluangkan masa purata dua minggu daripada masanya menunggu lampu isyarat bertukar warna.
7. Sebuah kereta mempunyai purata kepanjangan 3,000 kaki wayar elektrik.
8. Kebanyakan kereta mempunyai kenyaringan bunyi hon pada nada F.
9. Beg udara mengambil masa 40milisaat untuk terbuka. Mana-mana kemalangan yang berlaku lebih pantas daripada itu memungkinkan penumpangnya berdepan risiko maut.
10. Pada tahun 1950-an , rata-rata pengguna kereta Amerika percaya bahawa manusia akan menggunakan kereta terbang menjelang tahun 2000!
Labels:
Fakta
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !