1. Permata tulen cantiknya semulajadi tanpa melalui sebarang rawatan walaupun kilauannya kurang berbanding permata sintetik dan beratnya yang labih ringan kerana tiada tambahan bahan kimia. Sesetengah permata tiruan mempunyai buih-buih kecil di dalamnya atau calar di permukaan. Permata tiruan juga mempunyai kilauan dan warna yang tidak sekata.
2. Tiup di permukaan permata untuk menguji ketulenannya, permata asli tiada kesan berkabus. Permata asli juga kuat dan mampu memotong kaca. Berikut langkah mengenalpasti sesuatu permata. Namun , bagi yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini tetntunya memerlukan bantuan pakar untuk mengenalpasti permata yang ingin dimiliki itu tulen atau palsu.
a. Permata tiruan mempunyai permukaan kasar dan berpasir selain itu lihat permukaan permata, pastikan tiada bekas potong, retak dan calar.
b. Uji tahap kekerasan dengan menggunakan beberapa skala. Skala Mohs antara yang terkenal, meletakkan kedudukan permata demngikut skala satu ( talc ) hingga 10 ( berlian ).
c. Lihat belahan yang merujuk kepada keupayaan kristal untuk terbelah di kawasan yang telah dibaiki.
d. Jaluran halus ; Kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti keaslian batu permata dengan menggunakan batu permata tersebut untuk menanda pada ceper seramik keras.
e. Bentuk : Kebanyakan batu permata diperbuat daripada kristal yang mempunyai bentuk unik berdasarkan struktur atom dan molekul. Walaupun pada pandangan mata kasar kelihatan sama namun jika diteliti bentuknya berbeza dan unik.
f. Warna : Ujian pertama yang dilakukan untuk melihat ketulenan batu permata. Namun ujian jenis ini bukanlah 100% tepat. Batu nilam misalnya dilihat sebagai batu permata berwarna biru namun hakikatnya boleh juga ditemui dalam warna merah jambu, hijau, kuning dan tidak berwarna. Sudah tentu sukar untuk mengenalpasti ketulenan permata dengan cara ini. Tanpa ujian rapi, berlian tulen misalnya sukar dibezakan dengan batuan zirkonium.
g. Ujian fizikal dan kimia : Kaedah ini sering kali digunakan pakar permata yang menggunakan kelengkapan khas bagi melakukan unjian termasuk graviti, indeks biasan, serakan cahaya dan perubahan warna.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !