Robot Pemusnah Bom - ReadHeadline
Headlines News :
Home » » Robot Pemusnah Bom

Robot Pemusnah Bom

Written By teacher on Sunday, May 26, 2013 | 8:49 AM


Perkataan robot berasal daripada perkataan robota dalam bahasa Czech yang bermaksud buruh paksa. Sesuai dengan fungsi robot dalam pekerjaan berat, pantas, tanpa henti, sukar dan bahaya.

Robot boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu :

1. Robot yang dikawal : Setiap pergerakan robot ini diset, komunikasi, isyarat infra merah atau stereo robot. Robot digunakan dalam tugasan berbahaya di kawasan sukar seperti di dasar laut, di dalam gunung berapi, mencari sisa bahan letupan atau mangsa bencana alam.

2. Robot bergerak sendiri atau autonomos : Diset untuk bergerak balas dalam keadaan-keadaan tertentu. Kebiasaanya robot jenis ini dilengkapi dengan stereo vision, dua kamera, mikrofon, sensor bunyi dan perisian yang membolehkannya mengenalpasti lokasi dan objek dipersekitaran.

Robot digunakan secara meluas kini termasuk dalam urusan rumahtangga dengan terhasilnya penyedut hampagas, mop dan buaian robotik dalam pelbagai bentuk. Sesetengahnya berupa manusia, berjalan dengan kedua kaki dan tidak kurang juga yang menyamai bentuk haiwan, bergerak secara merangkak, berenang dan melingkar. Dalam bidang perubatan, robot membantu operasi pembedahan yang boleh mengurangkan risiko dan mempercepatkan proses pemulihan akibat pembedahan otak dan jantung.

Tahukah anda pada 2010, kira-kira 190 orang tentera Amerika terkorban dan 2450 yang lain cedera akibat letupan IED ? Improvised explosive device (IED), sejenis bom buatan sendiri yang sering digunakan pejuang dan pengganas. Di Afganistan, kebanyakan IED ditanam di dalam tanah. Kuantitinya yang banyak memaksa pihak tentera Amerika menggunakan robot kecil yang dikenali sebagai recon Scout bagi mengenalpasti lokasi bom dan pada masa yang sama mengurangkan risiko lebih ramai tentera terkorban.

Namun keupayaan robot ini terbatas dan masih memerlukan bantuan pakar berpandukan alat pengesan kewujudan besi, radar dan sensor yang dapat mengesan perubahan bentuk muka bumi yang menandakan kewujudan bahan letupan.


Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Popular Posts

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. ReadHeadline - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template