Tips Mengekalkan Kemanisan Rumah Tangga
Written By teacher on Sunday, May 26, 2013 | 7:04 AM
Setiap pasangan yang berkahwin, pati inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumah tangga yang dibinanya. Bagi mengekalkan kemanisan tersebut, jom amalkan tip berikut :
1. CIUMAN
Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.
2. MAKAN MALAM ATAU BERCUTI
Rancang makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.
3. PERUBAHAN
Setiap mereka yang mendirikan rumah tangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibu bapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.
4. ADAB
Dalam menjaga keharmonian berumah tangga, anda harus beradab ( menghormati ) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.
5. LEMAH LEMBUT DAN BERBUDI BAHASA
Isteri perlu berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan meluahkan kata. Suara dan kata-kata yang lembut itu akan membuatkan suami anda rasa disayangi.
6. HADIAH
Berikan hadiah kepada pasangan anda sewakti hari-hari pentinya, seperti hari lahirnya, hari ulang tahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.
7. SENYUM
Kata orang senyum itu sedeka, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.
8. SENTUHAN
Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.
9. IMPIAN
Ceritakan impian kepada pasangan supaya dia dapat membantu dalam mencapai impian tersebut. Anda pasti ingi dihargai dan menghargai.
Labels:
Tips
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !