The Croods - ReadHeadline
Headlines News :
Home » » The Croods

The Croods

Written By teacher on Thursday, June 5, 2014 | 7:25 PM


1. Filem pecah panggung ini meraih keuntungan lebih empat kali ganda dari kos pembikinannya.

2. Suara di sebalik watak-watak utama termasuklah Emma Stone ( Eep ), Nicolas Cage ( Grug ), Ryan Reynolds ( Guy ) dan Catherine Keener ( Ugga ).

3. Filem zaman purba era pliosen ini mengetengahkan plot fiksyen tentang ketua kelompok manusia yang dikenali sebagai Croodaceous yang berdepan cabaran besar memimpin kumpulannya mencari penempatan baru selain tergugat dengan kehadiran seorang pemuda bijaksana dengan revolusi ciptaan canggih pada masa itu.

4. Kenali empat makhluk jadian menarik dalam filem ini : 'Macawnivore', 'Piranhakeets', 'Turkey-Fish' dan 'Douglas'.

Era Pliosen ialah sekitar 5,332 hingga 1,806 juta tahun lalu, iaitu peringkat kedua dalam tempoh Neogen pada era Kenozoikum. Pliosen berlangsung setelah "Miosen" ( era lebih panas ); dan di ikuti pula oleh Pleistosen. Nama Pliosen ( era lebih sejuk ) ini diberikan oleh Sir Charles Lyell dari suku kata bahasa Yunani pleion yang bererti 'lebih' dan kainos yang bermaksud 'baru' merujuk kepada fauna laut moluska, tumbuhan dianggap moden yang hidup pada zaman ini. Pakar astronomi Narciso Benitez mengemukakan teori bahawa kejadian supernova mungkin penyebab kemusnahan haiwan laut yang menjadi penanda batas Pliosen-Pleistosen, selain penyebab kerosakan teruk pada lapisan ozon.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Popular Posts

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. ReadHeadline - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template