UBER - ReadHeadline
Headlines News :
Home » » UBER

UBER

Written By teacher on Thursday, June 5, 2014 | 7:54 PM


1. Piala Uber diasaskan oleh seorang pemain badminton Inggeris, Betty Uber, pada tahun1950 khusus untuk kelompok pemain badminton wanita bersaing dalam kejohanan tersendiri.

2. Betty Uber sendiri pernah memenangi 13 gelaran juara wanita Terbuka All England, 1 juara perseorangan, 4 acara beregu dan 8 acara beregu campuran.

3. Setakat ini hanya lima negara yang sering kali mengungguli kejohanan. China mendahului senarai peserta dengan 12 kejuaraan, Jepun ( 5 ), Indonesia ( 3 ), Amerika Syarikat ( 3 ) dan Korea ( 1 ).

4. Walaupun peserta China sering menjadi tumpuan hampir di setiap kejohanan, mengikut rekod sehingga 2012, Indonesia dan Jepun paling kerap menyertai dengan jumlah penyertaan tertinggi iaitu 21 kali, diikuti Denmark 17 kali dan China serta Korea masing-masing 15 kali.

5. Diadakan di New Delhi, peserta negara India, Saina Nehwal, pasti menjadi tumpuan. Berada dikedudukan ke-8 dunia sekarang, Saina pernah meraih kedudukan terbaik di tangga ke-2 dalam senarai pemain badminton wanita dunia pada tahun 2010.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Popular Posts

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. ReadHeadline - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template