Sungguhpun 'modenisasi' membawa kita untuk terus mara ke hadapan , ia tidak bermakna kita tidak boleh menoleh ke belakang untuk mengenali kehidupan awal yang pernah berpijak dan mendominasi tanah yang sama. Menjejaki haiwan pra-sejarah ini bukan bermaksud mundur, tetapi menerusi fosil dan teori cendekiawan, telah mengangkat evolusi ke satu dimensi baru yang tidak pernah kita bayangkan. Bercakap mengenai haiwan pra-sejarah tidak sempurna tanpa memperkatakan tentang dinosaur, spesis haiwan daratan terbesar yang telah pupus lebih dari 65 juta tahun dahulu.
Pengkelasan
Para saintis meletakkan dinosaur kepada dua kategori utama berdasarkan struktur tulang dan bentuk punggung. Kebayakan dinosaur yang dikenali seperti Tyrannosaurus rex, Deinonychus , Maniraptors dan burung tergolong dalam kategori dinosaur Saurischian kerana mempunyai bentuk pelvis yang mengunjur ke hadapan, mempunyai leher panjang, bergigi besar dan tajam, jari kedua yang lebih panjang dan jari pertama yang agak terpisah dari jari lain ( seperti burung atau ayam ).
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !