KONGRES diminta kemuka resolusi secara rasmi Kota Tinggi:
Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan akan meneliti Resolusi 11 Perkara dicadang Kongres Kesatuan Guru-Guru Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) untuk membela nasib pendidik dan pesara guru. Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai Menteri Pelajaran, beliau bersedia untuk menerima cadangan KONGRES dan meminta mereka mengemukakannya secara rasmi.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman dan Ketua Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), Mohd Yazid Jaafar.
Muhyiddin mengulas mengenai resolusi mesyuarat Exco Khas KONGRES, Sabtu lalu, yang turut mencadangkan penubuhan bank guru yang bertujuan memberi manfaat kepada 430,000 guru dan 5.5 juta murid seluruh negara.
Resolusi turut mencadangkan penubuhan organisasi mirip Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dikenali Lembaga Tabung Kebajikan Guru yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal kebajikan pendidik dan keluarga mereka.
Sumber : Berita Harian Online
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !