10 Tips Agar Disayangi Suami
Written By teacher on Saturday, May 25, 2013 | 12:53 AM
Berikut sepuluh tips bagi seorang isteri agar disayangi oleh suaminya :
1. Berhias, namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar senang dan manis dipandang.
2. Menyenangkan dan pandai bergurau. Kebanyakan suami suka mengusik isteri, jangan merajuk, sambut gurauannya dengan tawa.
3. Pandai mendahulukan suami dan menghormati pandangannya.
4. Bersikap sederhana dan jangan meminta sesuatu di luar kemampuannya.
5. Memanjakan suami dengan memotong kukunya, menyediakan air minuman dan mengurutnya ketika keletihan.
6. Bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran dan komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumah tangga.
7. Hormati hak peribadinya, jangan terlalu 'busy body' seperti sentiasa memeriksa telefon bimbitnya, facebook, email dan lain-lain lagi.
8. Jangan membandin-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya dan berkedudukan,
9. Pandai menjaga diri apabila ke luar rumah, jaga maruah suami.
10. Ada di sisi suami ketika jatuh dan bangunnya, suntik semangat ketika jatuh, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suami sepenuh hati.
Labels:
Tips
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !