Home »
Tahukah Anda
» Tentang Lelaki
Tentang Lelaki
Written By teacher on Tuesday, May 28, 2013 | 3:46 AM
1. Lelaki mempunyai lebih 1 juta sel darah dan tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Namun lelaki kurang 75% kelenjar peluh berbanding wanita.
2. Kemampuan lidah lelaki mengancam rasa masam, manis dan masin lebih rendah berbanding wanita. Kajian juga menunjukkan bahawa lelaki bercakap sekitar 7,000 patah perkataan sahaja sehari berbanding 20,000 perkataan yang dipertuturkan oleh kaum wanita.
3. Lebih ramai lelaki buta warna berbanding wanita. Tiada siapa mengetahui puncanya. Malah lelaki mengenali warna-warna asas seperti biru, kuning dan merah. Lilac dan iolet adalah nama bunga bukan nama warna !
4. Purata masa tenang sepasang lelaki dan wanita keluar membeli-belah bersama ialah 72 minit sahaja sebelum pertengkaran bermuala. Satu kajian pelik mendedahkan bahawa purata lelaki menipu adalah sebanyak 1,092 kali setahun ( lebih kurang tiga penipuan setiap hari !) berbanding 728 kali oleh wanita.
5. Lalaki mengingati kereta pertama berbanding teman wanita. 40% sukarela dalam satu kajian di Amerika mengingati plat kereta pertama berbanding nama wanita pertama yang diciumnya.
6. Apabila melakukan satu-satu kerja, lelaki hanya mengoptimumkan penggunaan fungsi sebelah otak sahaja sedang wanita menggunakan kedua-dua bahagian ( multi-tasking ) !
7. Menurut laman web Discovery.com, pakar sains mendedahkan bahawa wanita mempunyai kepelbagaian frekuensi dalam ton suara yang sebahagiannya sukar diproses oleh otak lelaki.
8. Skala berani : lebih 55% perempuan memeriksa giginya secara rutin berbanding 40% lelaki. Dan jangka hayat lelaki juga lebih pendek berbanding perempuan. Mungkin ia berpunca daripada keengganan mereka berjumpa doktor !
Labels:
Tahukah Anda
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !